“NILAM” ataupun lebih dikenalikan sebagai Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat yang cintakan budaya membaca dan budaya yang mencintai ilmu.
Pengenalan
1. Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti galakan memaca di sekolah.
2. Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
3. Program ini telah mula dilaksanakan dengan tahun satu di sekolah rendah dan tingkatan satu di sekolah menengah pada tahun 1999, seterusnya penilaian membaca mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Objektif Umum
1. Menyemai kemahiran dan minat membaca sehingga terbina tabiat membaca itu sendiri.
2. Mengalakkan memaca itu kunci kejayaan bagi segala bidang.